Jubli Emas PERKIM PERKIM

Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Datuk Hasbullah Lebai Isa menyatakan sambutan 50 tahun Perkim diadakan pada 5 hingga 7 November 2010. Acara kemuncak pada 6 Oktober apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikannya di Masjid Wilayah Persekutuan.

Dokumen sejarah penubuhan PERKIM diserahkan kepada Jabatan Arkib Negara. Buku ucapan Dr Mahathir Mohamad bertajuk Tajdid Pemikiran Islam Tun Dr Mahathir turut dilancarkan.

Konvensyen Tajdid Pemikiran Islam dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Kertas kerja disampaikan oleh Felo Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Ismail Ibrahim dan Pengarah Institut Islam Hadhari, Prof Datuk Dr Mohd Yusuf Osman dengan tajuk "Hala tuju Dakwah Ke arah Pembinaan Generasi Qurani Era Globalisasi". Kertas kerja dibahaskan Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Malaya. Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Prof Dr Abdul Latif Samian.